![]()

ITBase telah ditubuhkan dengan pendaftaran perniagaan di atas nama INTELEK KOMPUTER yang merupakan milik tunggal. Perkhidmatan perniagaan Intelek Komputer adalah aplikasi komputer IT.
Pada tahun 1997, Intelek Komputertelah dipilih oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk mngendalikan Program Latihan Komputer Belia ITBASE yang telah menjadi agenda negara ketika itu dan kini telah memastikan golongan belia didedahkan dengan ilmu IT sepenuhnya.
Intelek Komputer juga telah bekerjasama dengan Universiti Sains Malaysia USM, Universiti Putra Malaysia UPM dan MIMOS bagi menjamin kualiti pengajaran dan persijilan yang dianugerahkan oleh badan-badan tersebut. Intelek Komputer sentiasa mendapat sokongan daripada pihak-pihak berkenaan dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sistem pengajaran universiti.
Pada 2002 Intelek Komputer telah ditauliahkan sebagai Pusat Bertauliah MLVK Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. Dalam bidang Pembantu Juruteknik Sistem Komputer. Intelek Komputer dapat memberi kemahiran kepada lebih ramai yang berminat untuk mengikuti program kemahiran komputer
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()
![]()